Wednesday, 7 September 2011

Pulau Gaya

Pulau Gaya adalah sebuah pulau yang cantik. Kedudukan pulau ini adalah terletak kira-kira 10 minit perjalanan menaiki bot dari Kota Kinabalu. Pulau ini berkeluasan sebanyak 1,465 hektar. Istimewanya, pulau ini termasuk dalam warta Taman Tunku Abdul Rahman, sebuah pulau yang dilindungi daripada aktiviti nelayan, pembalakan haram, carigali petroleum dan pelbagai sumber pencemaran.


Pulau ini cukup strategik kerana berdekatan ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu. Sesiapa sahaja boleh melancong dan berkelah di pantai Pulau Gaya yang indah itu. Terdapat pelbagai jenis tempat-tempat untuk melancong yang menarik di pulau tersebut.
"Rumah air" itu didiami oleh lebih kurang 6000 orang penduduk yang tinggal dalam rumah kayu bertiang dibina di tepi pantai yang cetek dan landai. Masyarakatnya terdiri daripada etnik Bajau, Ubian dan rakyat Filipina. Kehadiran mereka cukup dirasakan kerana dapat dilihat dari pantai kota Kinabalu. Keadaan rumah yang tidak teratur, kurang kemudahan infrastruktur dan kelihatan seperti kehidupan setinggan yang terbiar.

Walaubagaimanapun, di pulau ini terdapat beberapa buah kampung yang terpisah oleh budaya, ekonomi dan bangsa. Misalnya Kg Pulau Gaya, Kg Pasir Putih, Pondo dan Lok Urai masing masing mempunyai identiti tersendiri. Setiap rumah dihubungkan dengan papan-papan kecil nipis dan anda pasti gayat meniti dari papan ke papan di satu kampung manakala di kampung yang lain agak tersusun corak penempatan dengan rumah rumah yang tersusun semuanya menghadap ke laut.

Bagi penduduk kampung pengangkutan utama ialah bot dan perahu nelayan. Mereka akan ke Kota Kinabalu untuk membeli barang keperluan dan berkerja. Rumah air ini pernah terbakar beberapa kali.

Pulau Mamutik

Pulau Mamutik

Sama seperti Pulau Manukan, pulau ini terletak di Kota Kinabalu. Ia adalah pulau kedua jauh di negeri dibawah bayu ini. Sehingga kini, pulau ini dianggap sebagai sebuah pulau yang terkeluar dari destinasi pelancongan pilihan kerana kurang pelancong yang melancong ke pulau ini. Jika dibandingkan dengan Pulau Sapi dan Pulau Manukan, kekurangan kemudahan yang terdapat di pulau ini menyebabkan ia kurang mendapat sambutan daripada ramai pelancong.  



Monday, 5 September 2011

Pulau Manukan

Lama tak update blog nie...hehe!kali ni, still lagi aku akan cerita pasal pulau. Tapi, nama pulau nie agak pelik sikit..nama pulau ni "Pulau Manukan"..hehe!jadi, baca la yee..^_^


Pulau Manukan

Pulau Manukan, sebuah pulau yang mempunyai nama yang agak unik. Walaupun pada hakikatnya aku tak pernah pergi pulau ni, tapi aku akan cerita juga la...hehe!

Pulau Manukan terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Untuk pergi ke pulau ni, kita hendaklah pergi ke jeti di Jesselton Point yang mana pada masa dahulu dikenali sebagai Lembaga Pelabuhan Sabah yang menjadi terminal feri. Di Jesselton Point terdapat beberapa pengusaha pelancongan yang akan membawa anda ke Tunku Abdul Rahman Marine Park yang terdiri daripada Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Sulug dan Pulau Mamutik. Setelah sampai di sana, anda akan bergerak ke Pulau Manukan. Untuk sampai ke Pulau Manukan, ia mengambil masa lebih kurang 30 minit. Anda boleh menaiki bot ke sana dan kadar sewa bagi setiap bot tersebut adalah antara RM100 hingga RM200. Setiap bot tersebut boleh memuatkan seramai 4 - 6 orang.

Pantai Pulau Manukan


Walaubagaimanapun, Pulau Manukan tidaklah begitu menarik jika dibandingkan dengan Pulau Sapi. Permukaan lautnya kurang menarik, tetapi dasar lautnya dihiasi dengan pelbagai jenis  kehidupan marin yang berwarni-warni. Kebanyakannya, ramai pelancong yang datang tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling. 


Di Pulau Manukan juga terdapat resort yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Resort ini dinamakan Manukan Island Resort dan ia dikendalikan oleh syarikat Sutra Sanctuary Lodges. Selain itu, terdapat beberapa kemudahan asas yang disediakan untuk para pelancong seperti kayak, snorkeling, jaket keselamatan dan sebagainya. Sebuah kafe kecil dan bilik mandi awam juga turut disediakan di Pulau Manukan. 


Konklusinya, Pulau Manukan adalah sebuah pantai yang cantik dan menarik. Ramai pelancong yang sering kali melakukan aktiviti dasar laut apabila datang ke sini. 

Pulau Sapi

Pulau Sapi adalah salah sebuah pulau yang terkenal di negeri Sabah.