Pulau Gaya adalah sebuah pulau yang cantik. Kedudukan pulau ini adalah terletak kira-kira 10 minit perjalanan menaiki bot dari Kota Kinabalu. Pulau ini berkeluasan sebanyak 1,465 hektar. Istimewanya, pulau ini termasuk dalam warta Taman Tunku Abdul Rahman, sebuah pulau yang dilindungi daripada aktiviti nelayan, pembalakan haram, carigali petroleum dan pelbagai sumber pencemaran.
Pulau ini cukup strategik kerana berdekatan ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu. Sesiapa sahaja boleh melancong dan berkelah di pantai Pulau Gaya yang indah itu. Terdapat pelbagai jenis tempat-tempat untuk melancong yang menarik di pulau tersebut.
"Rumah air" itu didiami oleh lebih kurang 6000 orang penduduk yang tinggal dalam rumah kayu bertiang dibina di tepi pantai yang cetek dan landai. Masyarakatnya terdiri daripada etnik Bajau, Ubian dan rakyat Filipina. Kehadiran mereka cukup dirasakan kerana dapat dilihat dari pantai kota Kinabalu. Keadaan rumah yang tidak teratur, kurang kemudahan infrastruktur dan kelihatan seperti kehidupan setinggan yang terbiar.
Walaubagaimanapun, di pulau ini terdapat beberapa buah kampung yang terpisah oleh budaya, ekonomi dan bangsa. Misalnya Kg Pulau Gaya, Kg Pasir Putih, Pondo dan Lok Urai masing masing mempunyai identiti tersendiri. Setiap rumah dihubungkan dengan papan-papan kecil nipis dan anda pasti gayat meniti dari papan ke papan di satu kampung manakala di kampung yang lain agak tersusun corak penempatan dengan rumah rumah yang tersusun semuanya menghadap ke laut.
Bagi penduduk kampung pengangkutan utama ialah bot dan perahu nelayan. Mereka akan ke Kota Kinabalu untuk membeli barang keperluan dan berkerja. Rumah air ini pernah terbakar beberapa kali.