Monday, 15 August 2011

Pulau Mabul


Untuk post yang kedua, saya akan ceritakan mengenai sebuah pulau lain yang agak menarik di negeri Sabah iaitu Pulau Mabul. 

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana dekat dengan Pulau Sipadan.

Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton. Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. 
Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti 'scuba diving'. Banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam, rumpai laut dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment